SEKULARISME
- Merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop
fahaman dan perbincangan yang sangat luas.
- Matlamat utama ideologi : untuk melahirkan idea dan nilai
sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular.
- Perjuangan utama Sekularisme berkaitan dengan urusan keduniaan
yang mesti dipisahkan daripada hal-hal keagamaan.
- Ia juga turut memperjuangkan hak kebebasab mutlak setiap
individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pemerintah
dalam sesebuah negara.
- Prinsip ideologi ini ialah menegakkan kepercayaan bagi setiap
keputusan yang diambil mesti bersumberkan daripada pemikiran akal manusia yang
terlebih dahulu terhasil melalui bukti ujikaji bukan hasil doktrin agama.
DEFINISI
SEKULARISME
- Menurut Amurray & Bradley, 1994, perkataan asal
Sekularisme ialah sekular yang berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang
membawa maksud masa dan tempat.
- Masa yang dimaksudkan ialah masa sewaktu kita menjalani
kehidupan. Manakala tempat pula merujuk kepada kehidupan dunia atau dunia yang
nyata.
- St Edmund, 2012, pula berpendapat Sekular bertujuan melahirkan
kehidupan pemisah antara kehidupan tidak beragama, bukan beragama atau tidak
kudus.
- Sekular dari aspek falsafah pula menekankan pengasingan
nilai-nilai agama dengan kehidupan manusia.
- Hornby, Gatenby dan Wakefield juga berpendapat sejajar dengan
ahli falsafah yang menggesa pendidikan moral supaya dipisahkan dari agama atau
kerohanian.
- Donald & Tyerman, 1970, secara ringkasnya, hanya
menyifatkan Sekularisme sebagai humanisme.
- Majoriti fahaman ahli falsafah telah menterjemahkan
Sekularisme sebagai pemisahan sesuatu aspek kehidupan dengan nilai-nilai agama.
Negara
Sekular
- Ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendalam terhadap
pengasingan antara gereja dan negara serta menghalang pendidikan agama diajar
pada peringkat sekolah.
- Sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan secara tegas
antara agama dengan negara.
- Hukum-hukum yang diputuskan oleh golongan sekular berpandukan
kepada pertimbangan rasional moral yang berdasarkan logik akal pemikiran
semata.
- George Holyoake : Sekular merupakan peraturan yang berkaitan
dengan kehidupan dan berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan.
- Beliau menggariskan 3 prinsip penting & wajar diaplikasi
dalam sebuah kehidupan masyarakat berbentuk sekular iaitu:
1. Memperbaiki
kehidupan dengan cara kebendaan.
2. Bahawa sains
itu adalah panduan hidup bagi manusia.
3. Apa sahaja
yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak.
Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik pula untuk
mencari kebaikan tersebut.
- Beliau juga telah menggantikan hukum-hukum agam dengan
idea-ideasekular sebagai panduan dalam melaksanakan pengurusan hidup di dunia.
- Idea awal Sekularisme berkisar tentang usaha pemisahan antara
falsafah dan agama.
- Ia menyakini kebenaran dan panduan hidup boleh didapati melaui
ideologi Sekularisme yang wujud secara bebas.
- Pengetahuan Sekularisme dimanifestasi dalam pengetahuan
tentang kehidupan yang berkaitan dengan segala perbuatan dan kebajikan yang
dilakukan semasa hidup boleh diuji melalui pengalaman hidup.
Sejarah
Kemunculan Sekularisme
- Dilahirkan kerana beberapa
faktor:
1. Penindasan
pihak gereja
2. Kelahiran
teori Darwin
Penentangan
Dan Pengasingan Kuasa Gereja
- Kelahiran Sekularisme secara jelas berlaku semasa pemberontakan
dan penentangan nasionalisme pada kurun ke -17 Masihi seiring dengan
perkembangan industri di benua Eropah.
- Gerakan golongan Prostestan yang menentang Katolik pada abad
pertengahan berlaku untuk menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas
cara hidup bangsa Eropah secara keseluruhan.
- Sebelumnya kuasa negara dipegang oleh golongan pemerintah yang
saling berebut dengan kuasa gereja dan masing-masing berjaya menapak kedudukan
tersendiri.
- Ideologi sekularisme muncul hasil daripada perbalahan hebat
antara barisan pemimpin yang pro kerajaan dengan para paderi gereja.
- Sering berlaku perbalahan antara saintis denganpara paderi di
gereja yang memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri.
- Akhirnya, perbalahan lahir usul baru yang membakar semangat
rakyat supaya memisahkan antara urusan agama dengan dunia dan seterusnya
berusaha pula memisahkan antara agama dengan politik.
- Gerakan ini bertujuan untuk membersihkan politik daripada
sebarang pangaruh agama.
- Hasil pengasingan tersebut menyebabkan kuasa gereja
terhad dalam hal-hal kerohanian, manakala kuasa negara/pihak pemerintah
menguasai pentadbiran kehidupan kebendaan.
- Ajaran ini diasaskan oleh orang-orang Yahudidalam pergerakan
Revolusi Perancis1789.
- Ideologi ini terus berkembang ke
seluruh benua Eropah bagi menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan negara
dan urusan dunia dalam kehidupan masyarakat.
- Eropah memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman baru
selepas Perang Salib tamat.
- Pembaharuan-pembaharuanyang dibawa oleh Islam menimbulkan
kesedaran untuk membebaskan diri daripada kekuasaan gereja,
sekurang-kurangnyadalam menentukan dasar-dasar dalam negeri masing-masing.
- Kegiatan ilmu pegetahuan dan penyelidikan dalam abad
pertengahan dibenarkan dan berlangsung di gereja namun semua hasil pengajaran
dan penyelidikan dianggap salahkecuali bersesuaian dengan kehendak pihak
gereja.
- Hasil daripada peristiwa tersebut lahirlah pula
gerakan-gerakan untuk membebaskan ilmu pengetahuan daripada kekuasaan gereja
katolik.
- Ia telah membawa kemajuan baru kepada bidangilmu pengetahuan
yang mampu menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik.
- Lahirlah beberapa ideologi ekonomi yang baru bagi menggantikan
sistem feudal seperti sistem ekonomi Kapitalis dan Sosialis.
- Kesan kemunculan ekonomi Kapitalis dan Sosialis menambahkan
keberanian serta kekuatan untuk mengisytiharkan penentangan secara
terang-terangankepada agama Kristian.
- Usaha memisahkan antara urusan agama dan pentadbiran negara
telah melahirkan slogan yang berbunyi “Berikan hak Ceaser kepadanya dan berkan
hak Tuhan kepada Tuhan”.
Kemunculan Teori Charles Darwin
- 'Teori Evolusi Spesis' yang diperkenalkan oleh ahli Biologi
berbangsa Inggeris, Charles Robert Darwin merancakkan lagi perkembangan
ideologi sekular ke seluruh dunia.
- Konsep biologi tentang kejadian semulajadi makhluk hidup
seperti binatang dan manusia yang diterjemahkan oleh Darwin tersebut dianggap
sebagai wadah penyelewengan falsafah yang disifatkan sebagai kepalsuan tentang
kejadian asal manusia yang mampu menolak konsep kewujudan Pencipta alam yang sebenar
sehingga meletakkan segala sesuatu berstatuskan kebendaan atau
materialisme.
- Materialisme akhirnya telah mewujudkan idelogi keganasan dan
perbalahan yang dikenali sebagai Komunisme yang diasaskan oleh Karl Marx.
- Komunisme dianggap kejayaan pertama pengaruh teori Darwin yang
ideologi-ideologi lain yang mengenepikan pegangan agama dalam kehidupan seperti
ideologi Eksistensialisme, Kapitalisme dan Sosialisme yang dianggap
membahayakan umat manusia.
Prinsip-prinsip Sekularisme
- Meningkatkan penguasaan kebendaan dalam dalam kalangan umat
manusia.
- Kebebasan diri daripada sebarang kepercayaan dan
penghayatan kebenaran sekular.
- Ilmu sains secara semulajadi.
- Tidak ada kaitan sama sekali dengan ajaran agama.
- Mengutarakan prinsip moral yang liberal.
- Pemikiran secara rasional melalui intelektual.
- Utilitarian.
Ciri-ciri Sekularisme
- Penafian hal-hal kerohanian.
- Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam bidang agama.
- Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
- Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
- Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan
hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan
moral.
- Pengasingan kuasa negara daripada peraturan agama. Corak pemerintahan
negara perlu dibezakan agar tidak sepadu antara politik dan agama.
- Menyakini bahawa nilai-nilai Islam harus dibezakan daripada
nilai-nilai kehidupan dunia dalam setiap aspek.
- Beranggapan bahawa institusi politik dalam peradaban kaum
muslimin masa lampau adalah cerminan dan warisan tradisi yang tidak ada
hubungan dengan hukum syariat yang suci.
- Penerapan syariat Islam atau nilai-nilai Islam akan merugikan
penganut agama bukan Islam yang boleh menjadi ancaman besar kepada sesebuah
persatuan.
- Menganggap bahawa syariat Islam sangat terbelakang primitif
dan ketinggalan zaman. Oleh itu ajaran Islam perlu diambil melalui prinsip
pragmatisme dan utilitariansme.
- Menyebarkan kefahaman yang boleh menimbulkan keraguan terhadap
Islam untuk kepentingan politik sendiri.
Kaedah Penyebaran Fahaman Sekularisme
- Bidang pendidikan
- Media massa
- Undang-undang
Penyebaran Sekuralisme Melalui Pendidikan
- Dikenalpasti melalui lembaga pendidikan seperti membatasi
pendidikan agama islam secara fizikal dan moral.
- Pembatasan secara fizikal : membuka pintu seluas-luasnya
kepada pendidikan yang jauh dari penekanan agama.
- Pembatasan secara moral : memberi keutamaan kepada para
pelajar dan guru yang menganut dan dapat menerima fahaman mereka.
1. Menghantar pelajar ke
luar negara untuk melanjutkan pengajian.
2. Menghapuskan pelajaran
agama atas nama pendidikan.
3. Memperkenalkan
institusi pendidikan asing di negara-negara Islam.
4.
Pergaulan bebas.
Penyebaran Sekuralisme melalui Media Massa
- Program yang disiarkan tidak berteraskan kepada pengetahuan
dan agama.
- Penyebaran fitnah atau maksiat.
Penyebaran Sekularisme melalui Undang-undang
- Memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam
masalah yang sangat kecil sehingga Islam kelihatan tinggal namanya sahaja.
KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
- Manusia bercita-cita tinggi dan mereka akan menggunakan
akalnya untuk mencapainya.
- Antara kelemahan manusia yang bercita-cita tinggi ialah :
1. Ia tidak realistik.
2. Ia menggalakkan manusia
mencari kebendaan semata-mata.
3. Status moral dalam
kalangan manusia pada ketika ini tidak lagi penting.
·
- Oleh sebab manusia perlulah memaksimumkan daya usahanya untuk
meningkatkan daya pengeluaran semaksimum mungkin agar nanti tinggilah
pendapatan mereka sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan dalam usaha memaksimumkan kepenggunaan mereka.
- Walaupun maksud asal ahli-ahli teori pembangunan ini adalah
penekanan ke atas kepentingan manusia, namun dalam keadaan yang terlalu
mementingkan material penekanan terhadap barangan menjadi lebih penting.
LIBERALISME
- Merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai
nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan
kesamarataan peluang.
- Fahaman ini merupakan lanjutan daripada zaman Renaissance di
Itali iaitu pada zaman kebangkitan yang berlaku di Eropah.
- Fahaman Liberalisme moden berakar umbi dari zaman kesedaran
barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi
sumber.
- Liberalisme yang menolak tanggapan asas dalam hampir semua
teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diperolehi dari
Tuhan, status berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama.
- Fahaman ini juga mempunyai sifat-sifat seseorang individu itu
mempunyai kebebasan tanpa sekatan ataupun dengan sekatan yang minimun dalam
ekonomi, politik, dan sosial atau kebebasan moral.
- Liberalisme bermula dari sudut agama mula menular daripada
gerakan seorang tokoh Protestan, Martin Luther yang menentang penindasan dan
keganasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance.
- Liberalisme dari sudut politik pula menekankan kepentingan
individu sebagai asas undang-undang dan masyarakat iaitu masyarakat dan
institusi-institusi kerajaan berhak memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa
memilih kasih.
- Liberalisme dalam ekonomi pula memperjuangkan kapitalisme
Laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan
memberhentikan semua kemudahan yang di beri oleh kerajaan seperti subsidi
dan monopoli.
- Menurut golongan liberalisme, nilai moral seseorang sentiasa
berubah dari semasa ke semasa nilai akhlak yang diamalkan tidak sama dengan
agama tetapkan.
- Golongan ini juga mengatakan bahawa manusia sendiri masih
dalam proses perubahan daripada haiwan terendah kepada haiwan yang lebih
tinggi.
MODENISME
- Merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala
aspek kehidupan masyarakat.
- Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki dan
membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan sains, teknologi, dan uji
kaji praktikal.
- Keberanian manusia menguasai alam dan melepaskan diri daripada
dogma-dogma institusi agama menjadikan mereka memasuki era baru, era pasca Abad
Pertengahan, iaitu era moden.
1. Pada tahap pertama :
Manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupanyang
nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni.
2. Pada tahap kedua :
Bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehinggan berlaku kelenturan
ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama.
3. Pada tahap ketiga : Ia bermula semasa berlaku proses
modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga
berlakunya masalah pada keamanan dunia sejagat.
HUMANISME
- Fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat
segala-galanya dan manusia itulah Tuhan Yang Maha Agong yang menentukan segala
hukum-hakam.
Sifat Fahaman Humanisme
- Percampuran bebas.
- Penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan.
- Penukaran peranan antaralelaki dan perempuan.
- Gerakan pembebasan wanita.
- Kaunseling berkelompok.
- Pendidikan seks.